tips cantik di sisi Allah
- Bedakkanlah wajah anda dengan air wuduk nescaya akan bercahaya diakhirat.
- Oleskan lipstick kejujuran pada bibir anda.Anda akan kelihatan lebih jelita.
- Gunakanlah pemerah pipi anda dengan kosmetik yang terhasil dari rasa malu yang hanya berada di salun keimanan kerana malu adalah sebahagian daripada iman.
- Lakarkan mata anda dengan celak yang menghindari diri anda daripada pandangan kemaksiatan kerana mata adalah permulaan segala perkara.
- Rawatilah rambut anda dengan selendang islami yang akan menghilangkan kelemumur daripada pandangan lelaki yang merberhayakan.
- Pakailah sabun istighfar yang menghapuskan segala dosa dan kesalahan yang dilakukan
- Hiasilah kuku anda dengan inai semulajadi ciptaan allah swt.
- Peliharalah anggota badan anda dengan fabric keanggunan islam. Sesungguhnya orang yang menutup aurat itu terhindar daripada fitnah.
- Sarunglah kaki anda dengan sepatu yang sesuai supaya mudah untuk kejalan yang diredhai allah swt.
- Terangilah hati anda dengan ayat suci al-quran. Nescaya hilang bintik-bintik hitam yang mengaburi nurani anda.
Amalkan tips yang diberikan dan kita akan kelihatan cantik disisi allah, sesungguhnya wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah.
cakapDomo: amalkan, selawat tiga kali sebelum basuh muka, tak kira time bila pon. InsyaAllah. tak ada masalah kulit muka. renung2kan dan selamat beramal. :)
No comments:
Post a Comment